MAHA 2022 bakal tarik 100,000 pengunjung sehariKUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan diadakan pada 4 sehingga 14 Ogos ini, dijangka dapat menarik kehadiran 100,000 pengunjung setiap hari. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata program yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu menyediakan sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan termasuk 100 lot jualan 'Farmers Market' yang menjual hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan. Artikel penuh di : https://www.bharian.com.my |
Kemaskini Terakhir: 19 Jul, 2022