MAHA 2022 terima sambutan luar biasaSERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang menutup tirai pada Ahad, mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran melebihi 1.4 juta pengunjung dan nilai jualan melangkau RM260 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, MAHA kali ini adalah yang terbesar dari segi jumlah pengunjung mahupun nilai jualan, selepas kali terakhir dianjurkan empat tahun lepas dan sepatutnya diadakan pada 2020 namun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19. Artikel penuh di : https://www.sinarharian.com.my |
Kemaskini Terakhir: 15 Aug, 2022