MAHA 2024: Petani Sarawak wajar pamer teknologi baharu dalam pengeluaran padi, nanasMIRI: Pengusaha produk pertanian dari Sarawak, terutamanya pengusaha padi dan nanas disaran menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2024 yang akan berlangsung September depan di MAEPS, Serdang. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyertaan mereka kelak selari dengan kebangkitan dua jenis produk tani ini di Sarawak, yang dilihat semakin terkehadapan di negara ini. Sumber dan Artikel penuh di : https://www.astroawani.com |
Kemaskini Terakhir: 19 Aug, 2024