Majlis Perasmian Road To HPPNK 2025 @TAWAU

Julai 2025

Majlis Perasmian Road To HPPNK 2025 @TAWAU

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila Sabah dipilih sebagai tuan rumah buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun. Kali terakhir negeri ini menjadi tuan rumah HPPNK ialah pada tahun 1995.

Lebih membanggakan, edisi kali ini turut menjadi sambutan ulang tahun ke-50 HPPNK, membawa tema penuh semangat "Kudrat Kami Menjamin Pertiwi" yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 1 hingga 3 Ogos 2025.

Sumber dan Artikel penuh di : https://www.facebook.com/lppmalaysia



Kemaskini Terakhir: 14 Jul, 2025