Buku Pelan Korporat LPP 2021 - 2025
Pengenalan
Pelan Korporat merupakan dokumen perancangan strategik utama yang menjelaskan pernyataan visi, misi, teras strategik, keutamaan dan sasaran yang akan dicapai untuk LPP bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2016 hingga 2020. Pelan ini juga menggariskan bidang-bidang yang akan dilaksanakan oleh LPP serta aspek-aspek yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan dimasa akan datang.
Objektif Pelan Korporat
- Menyediakan aktiviti utama yang perlu diberi keutamaan sebagai fokus tumpuan jangka pendek dan jangka panjang;
- Menyediakan penjelasan mengenai peranan LPP dalam pembangunan PP dan pertanian serta impak program yang dijalankan di semua peringkat;
- Menyediakan skop fungsi utama yang dijalankan sebagai panduan kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas;
- Mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan nilai-nilai bersama yang disepakati;
- Memantapkan komitmen, perkongsian berterusan dikalangan anggota LPP dan PP disemua peringkat (NAFAS, PPN, PPK);
- Sebagai panduan (blue print) pada semua anggota dalam pelaksanaan tugas.
Evolusi Pelan Korporat LPP
Pelan Korporat Pertama (1986 - 1990)
Ke arah mencapai matlamat mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdaya maju dan berdikari.
Pelan Korporat Kedua (1993 - 2000)
Mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdikari dengan memberi penekanan kepada penerapan budaya niaga di setiap peringkat PP.
Pelan Korporat Ketiga (2000 - 2005)
Penglibatan semua peringkat PP dalam program pengeluaran bahan makanan dan pembangunan produk; program tingkatkan kepakaran dan profesionalisma anggota.
Pelan Korporat Keempat (2006 - 2010)
Penglibatan pergerakan tiga peringkat dalam pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan rangkaian nilai tambah, khususnya bagi aktiviti IAT, memperkemaskan perkhidmatan PP kepada ahli, kukuhkan kemampuan institusi serta penggunaan ICT.
Pelan Korporat Kelima (2011 - 2015)
Ke arah memantapkan peranan Pertubuhan Peladang sebagai penyumbang kepada pengeluar bahan makanan untuk memenuhi objektif Dasar Agro-makanan
Negara (DAN).
Pelan Korporat Keenam (2016-2020)
Peneraju transformasi Pertubuhan Peladang progresif dalam sektor pertanian; Meningkatkan sumbangan PP dalam agromakanan danpengukuhan institusi Pertubuhan Peladang di semuaperingkat; Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan dalam melahirkan peladang produktif.
Pendekatan Transformasi
Penyediaan Pelan Korporat LPP ini juga merujuk kepada Empat (4) Tonggak Transformasi
Negara seperti berikut :
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 - 2020
Dasar Agromakanan Negara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 bersempena Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2011 di Parit Buntar Perak, merupakan dokumen utama yang menjadi rujukan dalam penyediaan pelan korporat ini.
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 memberi tumpuan menyeluruh dalam meningkatkan kecekapan industri agromakanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi produktif berdaya saing dengan memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan. Sehubungan itu, pendekatan baru yang merangkumi lapan (8) idea utama telah dikenalpasti untuk menyokong proses transformasi industri agromakanan iaitu :
- Jaminan bekalan makanan - ketersediaan, keselamatan dan mampu beli;
- Pembangunan pertanian bernilai tinggi;
- Perancangan dan pembangunan pertanian mampan;
- Kluster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan pendapatan dikalangan usahawan tani;
- Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden;
- Modal insan pertanian bestari dan berinformasi;
- Pemodenan pertanian berpacukan penyelidikan (R&D) dan inovasi; dan
- Keunggulan khidmat sokongan pertanian.