Pekerja sektor tanaman sayuran terima vaksin

September 2021

Pekerja sektor tanaman sayuran terima vaksin

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 11,000 daripada 17,000 keseluruhan pekerja tempatan dan warga asing dalam sektor penanaman sayur-sayuran, di sini sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata program itu membabitkan pemilik dan pekerja daripada 400 syarikat berkaitan yang beroperasi di tanah tinggi itu. "Program ini adalah sebahagian usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama pemain industri bagi memastikan pekerja mereka mendapat vaksin, sekali gus mencapai imuniti kelompok.

Artikel penuh di : https://www.bharian.com.my

Sumber dari Berita Harian



Kemaskini Terakhir: 21 Sep, 2021