Pelan Korporat

Pelan Korporat LPP

Buku Pelan Korporat LPP 2026-2030

Buku Pelan Korporat LPP 2021-2025

Buku Pelan Korporat LPP 2016-2020

Buku Pelan Korporat LPP 2011-2015


PENGENALAN

Pelan Korporat merupakan dokumen perancangan strategik utama yang menjelaskan pernyataan visi, misi, teras strategik, keutamaan dan sasaran yang akan dicapai untuk LPP bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2026 hingga 2030. Pelan ini juga menggariskan bidang-bidang yang akan dilaksanakan oleh LPP serta aspek-aspek yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan yang telah dirangka.

 

OBJEKTIF PELAN KORPORAT

  • Menyediakan aktiviti utama yang perlu diberi fokus tumpuan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Menyediakan penjelasan mengenai peranan LPP dalam pembangunan PP dan pertanian serta impak program yang dijalankan di semua peringkat
  • Menyediakan skop fungsi utama yang dijalankan sebagai panduan kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas transformasi pembangunan, pengurusan dan regulatori PP
  • Mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan nilai-nilai bersama yang disepakati
  • Sebagai garis panduan (blue print) kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas

EVOLUSI PELAN KORPORAT LPP

Pelan Korporat Pertama (1986 - 1990) 
Ke arah mencapai matlamat mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdaya maju dan berdikari

Pelan Korporat Kedua (1993 - 2000) 
Mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdikari dengan memberi penekanan kepada penerapan budaya niaga di setiap peringkat PP.

Pelan Korporat Ketiga (2000 - 2005) 
Penglibatan semua peringkat PP dalam program pengeluaran bahan makanan dan pembangunan produk; program tingkatkan kepakaran dan profesionalisma anggota.

Pelan Korporat Keempat (2006 - 2010) 
Penglibatan pergerakan tiga peringkat dalam pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan rangkaian nilai tambah, khususnya bagi aktiviti IAT, memperkemaskan perkhidmatan PP kepada ahli, kukuhkan kemampuan institusi serta penggunaan ICT.

Pelan Korporat Kelima (2011 - 2015) 
Ke arah memantapkan peranan Pertubuhan Peladang sebagai penyumbang kepada pengeluar bahan makanan untuk memenuhi objektif Dasar Agro-makanan Negara (DAN).

Pelan Korporat Keenam (2016-2020)
Peneraju transformasi Pertubuhan Peladang progresif dalam sektor pertanian; Meningkatkan sumbangan PP dalam agromakanan dan pengukuhan institusi Pertubuhan Peladang di semua peringkat; Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan dalam melahirkan peladang produktif.

Pelan Korporat Ketujuh (2021-2025)
Melonjak kemampuan agar lebih berdaya saing sebagai entiti perniagaan yang berjaya dan menguasai rantaian agromakanan dalam komoditi agromakanan terpilih.

Pelan Korporat Kelapan (2026-2030)
Memperkasa institusi peladang, memacu keterjaminan makanan negara.

 

HALATUJU PELAN KORPORAT LPP KE 8(2026-2030)

Pelan Korporat LPP Ke-8 dirangka secara simbiotik dengan dasar-dasar utama negara, memastikan setiap inisiatif LPP menyumbang secara langsung kepada agenda pembangunan nasional seperti berikut :

  • Malaysia Madani

  • Rancangan Malaysia Ketiga Belas (Rmke-13) 2026-2030

  • Pelan Strategik Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (PSKPKM) 2025-2030

  • Agenda Pembangunan Mampan (SDG)

  • Dasar Agromakanan Negara 2.0

  • Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030



Kemaskini Terakhir: 16 Mar, 2026