Langkah dan usaha telah dan sedang dibuat oleh Pertubuhan Peladang (PP) dalam pemasaran hasil pertanian. Aktiviti penting ini adalah sebagai pelengkap dalam menentu kejayaan PP sebagai pengeluar utama makanan dan menjadi penyokong aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh FAMA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA Inc.) Untuk mencapai matlamat program pemasaran ini, infrastruktur dan kemudahan pemasaran PP akan dipertingkatkan.
Tujuan dijalankan
Antara tujuan perkhidmatan pemasaran ini dijalankan adalah untuk :
- Meningkatkan pendapatan peladang dengan menyediakan saluran pemasaran yang berkesan
- Menyediakan pelbagai kemudahan bagi mengelakkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan oleh peladang mengalami kerosakan.
- Mengatur peladang mengusahakan bidang pertanian mengikut jadual yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
- Menguruskan kontrak pemasaran dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Perkhidmatan Yang Disediakan Saluran Pasaran
Antara saluran pasaran hasil pertanian ialah:
- NAFAS
- Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)
- Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Pusat Pengedaran Peladang
- Freshmart Peladang
- Pusat Pengumpulan Hasil Peladang
- Pasar Borong
- Pasar Tani
Peladang boleh menghubungi dan berurusan dengan premis pasaran di atas untuk memasarkan hasil-hasil pertanian yang mereka keluarkan.
Khidmat Pengangkutan
Dalam memberi perkhidmatan pemasaran ini, PP juga menyediakan khidmat pengangkutan coldtruck, lori berpengudaraan dan lori biasa mengikut kesesuaian untuk membawa hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan oleh peladang.
Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran seperti harga, keperluan pasaran dan komoditi boleh didapati dipusat-pusat khidmat pasaran berikut:
- Unit Pemasaran Bahagian Perniagaantani, Ibu Pejabat LPP
- Unit Perniagaantani LPP Negeri
- NAFAS
- PPN
- PPK
- Depoh pengedaran peladang
- Pusat pengumpulan hasil ladang
- FAMA
Khidmat Menggred, Pembungkusan dan Penyimpanan
Peladang juga boleh mendapat khidmat menggred, membungkus dan menyimpan hasil ladang, ternakan dan ternakair melalui premis-premis berikut :
- Pusat pengumpulan hasil ladang
- Depoh pengedaran peladang
Kaedah Penyelarasan
Penyelarasan perkhidmatan ini akan dilaksanakan melalui :
- Pegawai Penyelaras Pemasaran diperingkat Ibu Pejabat LPP diwujudkan untuk memberi maklumbalas atau menyelaras masalah-masalah pemasaran yang timbul di peringkat LPP atau Kementerian Pertanian. Pegawai ini dibantu oleh sekurang-kurang tiga anggota eksekutif yang tugasnya mengikut zon.
- Pegawai Pemasaran di peringkat LPP negeri juga diwujudkan untuk memberi maklumbalas kepada pegawai Penyelaras Pemasaran Ibu Pejabat. Disamping itu dia juga perlu menyelaras isu, masalah dan aktiviti pemasaran PP di peringkat negeri.
- Mesyuarat penyelarasan antara Pegawai Penyelaras Ibu Pejabat dan Negeri diadakan dua kalil setahun, sementara mesyuarat peringkat zon juga diadakan dua kali setahun. Manakala lain-lain mesyuarat diadakan berdasarkan isu-isu dan masalah yang timbul.
- Semua masalah dan isu pemasaran akan dilaporkan dalam Jawatankuasa Penyelarasan peringkat Ibu Pejabat LPP.
Penutup
Khidmat pemasaran ini bukan sahaja dapat memastikan hasil keluaran peladang terjamin tetapi dapat juga memastikan peladang mendapat pulangan yang memuaskan daripada usaha yang dijalankan. Disamping itu, perkhidmatan ini juga akan menjadi pemangkin bagi menggalak dan mendorong para peladang untuk menceburi bidang pertanian berskala besar dengan mengguna teknologi moden yang sesuai.