Perkembangan pesat penggunaan dan pemindahan teknologi dalam pembangunan pertanian memerlukan lebih ramai tenaga kerja profesional dan mahir khususnya di Pertubuhan Peladang (PP) dan dikalangan peladang bagi membangunkan dan memajukan sektor pertanian.Justeru itu, PP perlu mempunyai Program Pembangunan Sumber Manusia yang komprehensif /lengkap sebagai salah satu perkhidmatan utama kepada peladang bagi menjayakan program dan projek pengeluaran makanan.
Skop Latihan
Untuk merubah minda dan mendapat tindakan yang positif daripada peladang mengenai pertanian, latihan akan ditumpukan kepada empat bidang/aspek utama iaitu:
- Pengetahuan;
- Kemahiran;
- Sikap dan Pembangunan Insan;
- Ketrampilan.
Jenis Latihan
Antara jenis latihan yang diberi perhatian dalam membangunkan modal insan ialah :
- Teknikal:
- Pengeluaran, penyimpanan, pemprosesan, pembungkusan, hasil komoditi utama (padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternakair).
- Kejenteraan ladang dan automasi pertanian.
- Pengurusan:
- Pengurusan ladang, modal, pasaran, sumber manusia dan maklumat.
- Perancangan projek.
- Teknologi Maklumat:
- Pasaran
- Agronomi
- Kawalan Penyakit
- Integrasi tanaman
- Bekalan ladang
- Pemindahan Teknologi:
- Pengeluaran, penyimpanan dan pemprosesan serta pembungkusan hasil-hasil pertanian
- Latihan Dalam Aspek Kemahiran
- Amalan Ladang
- Pengurusan Ladang
- Penggunaan Mekanisasi Pertanian
- Latihan Dalam Aspek Sikap Dan Pembinaan Insan
- Motivasi Keusahawanan
- Enterprais Perniagaan
- Nilai Murni
- Latihan Dalam Aspek Ketrampilan (Competency)
- Teknik meliputi IT,elektronik, automasi
- Perniagaan melibatkan aspek kefahaman, analisis dan pengurusan.
- Interpersonel seperti perundingan,penulisan dan Komunikasi
Pelaksanaan Program Latihan
Pelaksanaan program pembangunan sumber manusia ini akan dilaksanakan oleh PP sendiri, iaitu dengan:
- PP mengadakan sendiri latihan yang diperlukan oleh ahli peladang.
- PP mendatangkan tenaga pakar dari jabatan/agensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta projek dan peladang.
- PP memberi maklumat kepada peladang untuk merujuk sendiri keapda jabatan/agensi yang berkenaan/berkaitan.
- Peladang melayari internet PP untuk mendapatkan maklumat terkini yang diperlukan.
- Menghantar para peladang menghadiri kursus dalaman anjuran LPP.
- Mengadakan latihan dengan kerjasama PP yang lain dan pihak swasta.
Cara Latihan
Cara latihan ini dilaksanakan melalui beberapa cara, antaranya :
- Latihan di tapak projek (in-situ)
- Latihan penempatan/attachment di syarikat/industri
- Latihan penempatan di industri (pemprosesan)
- Kajian kes projek ahli yang berjaya
- ‘Coaching' oleh peladang jaya
- Melalui kisah kejayaan ahli (dari Peladang Jaya)
- Lawatan sambil belajar
- Melalui tayangan audio visual
- Merujuk kepada model-model yang telah diterima pakai seperti Skim Kredit ladang Terselia.
- Melalui Role Model.
Faedah dan Kesan
Antara faedah dan kesan daripada program ini ialah :
- Penyelesaian masalah peladang dapat diatasi secara teratur dan berkesan.
- Menjimatkan masa dan kos jika latihan diadakan di PPK atau ditempat sendiri.
- Para peladang memilih dan menghadiri latihan yang diperlukan sahaja.
- Lebih praktikal dan diterima oleh peladang
- Latihan lebih informal dan membina kekuatan dalaman.
- PP dapat mengadakan koordinasi dengan badan atau agensi pelaksana latihan yang melibatkan peladang.
Penutup
Latihan memberikan manfaat yang nyata dan tidak nyata pada para ahli yang terlibat. Dengan meningkatkan penglibatan PPK dalam memberi perkhidmatan latihan, memberi ruang yang lebih kepada golongan sasaran untuk menimba ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan perubahan yang positif dalam melaksanakan projek-projek pertanian.