Program Pembangunan Usahawan Peladang

Program Pembangunan Usahawan Peladang

1.Apa itu Program Pembangunan Usahawan Peladang ( PUP )

Ia adalah merupakan program yang dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) dengan tujuan untuk mewujudkan peladang usahawan komersil yang terlibat secara aktif didalam aktiviti pertanian terpilih Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ).

  

2.Apakah matlamat yang  hendak dicapai dengan pelaksanaan Program PUP.

 Pelaksanaan Program PUP ini diharapkan dapat mencapai matlamat- matlamat berikut:

Membantu kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ) iaitu kearah menjadikan mereka peladang  usahawan moden yang progresif, mampu menguruskan ladang dengan cekap dan berorentasikan pasaran.

Melahirkan peladang yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan , berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan teknologi moden dalam proses pengeluaran produk yang berkualiti, kompetitif dan inovatif.

  

3.Adakah Program ini dibuka kepada orang ramai.

 Program PUP ini dibuka kepada orang ramai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak LPP.

  

4.Apakah syarat-syarat atau kelayakan untuk menyertai Program PUP.

 Diantara syarat-syarat atau kelayakan untuk menyertai Program PUP iaitu :

Peserta adalah seorang ahli PPK.

Mempunyai saham  diPPK sekurang-kurangnya RM 100.00 ketika membuat permohonan dan perlu ditambah sehingga melebihi RM 1,000.00.

Berumur diantara 18-50 tahun.  Peserta yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat beliau mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik serta mempunyai pewaris yang  bersetuju mengambilalih projek.

Peserta telah melaksanakan projek yang dipohon secara sendiri dan bercadang  untuk dibesarkan.

Projek yang dipohon hendaklah termasuk dalam mana-mana bidang pertanian yang ditetapkan seperti berikut :

Tanaman.

Ternakan.

Akaukultur.

Pemprosesan makanan.

Perkhidmatan.

Mengisi borang permohonan denagn lengkap dan dikemukakan ke
Pejabat PPK.

Menandatangani perjanjian kredit dengan PPK.

  

5.Di mana orang ramai boleh mendapat borang permohonan dan mendapatkan penerangan lanjut mengenai Program PUP.
Borang permohonan dan penerangan lanjut mengenai Program PUP ini boleh diperolehi dari pejabat-pejabat berikut:

Semua Pejabat PPK .

Semua Pejabat LPP Negeri.

Semua Pejabat Peladang Daerah.

Cawangan Pembagunan Usahawan Peladang Ibu Pejabat LPP Kuala Lumpur. 

  

6.Apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan dibawah Program PUP ini.

 Program PUP menyediakan kredit mudah kepada peserta dalam bentuk matabenda ( barangan) yang disalurkan melalui PPK .

  

7.Berapa jumlah atau amaun kredit yang boleh dikeluarkan dibawah Program PUP ini.

Jumlah atau amaun kredit yang boleh dikeluarkan dibawah Program PUP ini tertakluk kepada amaun yang dipohon, keperluan sebenar projek , perakuan PPK dan Kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri.  Walau bagaimanapun dasar umum Program PUP menetapkan pembiayaan maksimum sesuatu projek mengikut kategori usahawan peladang adalah seperti berikut:

Kategori Usahawan  PeladangMaksimum Pembiayaan

Usahawan Baru     

Usahawan Naiktaraf    

Usahawan Mentor.    

Usahawan Mentee.    

RM 30,000.00

RM 50.000.00

RM100,000.00

RM 30,000.00

 

Nama : Mohd Farhan Bin Zainul Alam
Jawatan : Ketua Cawangan Pembiayaan
No. Telefon : 03-26109600
Email : mohdfarhan@lpp.gov.my



Kemaskini Terakhir: 06 Mar, 2020