Seramai 505 Agropreneur Muda di Sabah terima geran RM7.23 jutaKOTA KINABALU, 15 Ogos -- Seramai 505 orang Agropreneur Muda telah menerima bantuan geran berjumlah RM7.23 juta menerusi Geran Agropreneur Muda (GAM) antara 1 Jan 2016 hingga 31 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Beliau berkata, dua daripada penerima itu masing-masing mengusahakan tanaman limau kasturi dan memproses kordial serta jus buah-buahan di Kota Belud dekat ini, mampu meraih pendapatan pendapatan masing-masing RM30,000 setahun dan RM40,000 setahun. Artikel penuh di : https://www.bernama.com |
Kemaskini Terakhir: 19 Aug, 2020